KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
PENDAHULUAN
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk
berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran
seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini
dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana
beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi,
penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan
seharian yang melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini
dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam
beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan
idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi
secara berkesan.
DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan
maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak
(pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam
sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
1.
Pengirim
membentuk idea
2.
Pengirim
mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
3.
Mesej
akan melalui saluran komunikasi
4.
Penerima
mendekodkan mesej tersebut
5.
Maklum
balas dihantar kepada pengirim
KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.Kepentingan dari segi hubungan insan(kemasyarakatan)
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu.Pemahaman dan penetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain.Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza.
2.Kepentingan dari segi akademik
Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik.Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa,tanda hormat anda kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswayang tinggi.Kemahiran dari segi ini meliputi pengusaan dari segi penulisan dan lisan.Mahasiswa tidak boleh,contohnya,berinteraksi dengan menggunakan bahasaslanga atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
1. Komunikasi Lisan
Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa.Berbahasa yang baik dan efektif,padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek,iaitu:

·
Perbendaharaan
kata
·
Kelajuan
·
Intonasi
·
Humor
·
Singkat
dan jelas
2.Komunikasi Bukan Verbal
Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak.Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.
Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:
·
Ekspresi
wajah:Menyebabkan komunikasi berkesan atau
sebaliknya.
·
Pandangan
mata:Melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bererti
orang tersebut terlibat dan enghargai teman bicaranya dengan kemahuan
untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
·
Sentuhan:Proses
komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.
·
Gaya
tubuh dan gaya berjalan:Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan
tahap kesihatan seseorang
·
Isyarat:Isyarat
seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetukkaki ketika berbicara,sebagai
keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.
3. Komunikasi Bertulis
Penulisan merupakan
aktiviti merakamkan idea,pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis
atau grafik.Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi
maklumat.Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh
disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Komunikasi ini berlaku secara spontan
atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:
·
Fakta
·
Gaya
·
Laras
·
Pengolahan
·
Bahasa
Terdapat beberapa bentuk atau jenis
jenis teks komunikasi bertulis,seperti:
·
Surat
rasmi
·
Memo
·
Emel
·
Tulisan
ilmiah
Video dibawah ini adalah antara contoh-contoh komunikasi yang dapat dirujuk. Saksikan ~~
No comments:
Post a Comment