Tuesday, December 24, 2013

Bab 3: Kepimpinan dan Kerja Berpasukan




Hanya 38 peratus pekerja puas hati Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
Hanya 38 peratus pekerja global berpuas hati dengan kepimpinan pengurusan di tempat kerja mereka, demikian mengikut hasil tinjau selidik terbaru Kelly Services, peneraju penyelesaian tenaga kerja global. 

Syarikat itu dalam kenyataan semalam berkata, penilaian paling baik adalah dari Amerika di mana 45 peratus responden berkata, mereka berpuas hati dengan gaya kepimpinan pengurusan semasa di tempat kerja. 
Katanya, ia mengatasi responden di Eropah, Asia Barat dan Afrika (EMEA) sebanyak 34 peratus dan 39 peratus pula membabitkan responden negara Asia Pasifik (APAC). 


“Ia adalah sebahagian daripada hasil tinjau selidik terbaru oleh Indeks Tenaga Kerja Global Kelly (KGWI) dengan penyertaan hampir 170,000 orang di 30 negara termasuk lebih 2,000 pekerja di Malaysia,” katanya. 

Kepimpinan demokratik 

Pengarah Urusan Singapura dan Malaysia Kelly Services, Melissa Norman, berkata pekerja dilihat lebih cenderung terhadap kepimpinan demokratik, diikuti kepimpinan yang menekankan pemerkasaan serta memperlihatkan empati di tempat kerja. 

Katanya, pemimpin berwawasan yang menyuntik semangat kerja berpasukan di kalangan pekerja menggalakkan pembabitan dan penyertaan dalam organisasi. 
“Pekerja dengan jelas memilih gaya kepimpinan yang menekankan kemahiran komunikasi, berwawasan, empati, semangat kerja berpasukan dan memperkasakan individu,” katanya. 

Hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 40 peratus generasi Y berumur antara 19 hingga 30 tahun berpuas hati dengan kualiti kepimpinan di tempat kerja mereka berbanding dengan generasi X berumur antara 31 hingga 48 tahun dan Baby Boomers berumur antara 49 hingga 66 tahun dengan masing-masing 37 peratus. 

Selain itu, hanya sebilangan kecil pekerja mendapat gaya kepimpinan yang mereka ingini dengan 43 peratus berkata mereka mendapat gaya kepimpinan demokratik, menekankan pemerkasaan, memperlihatkan empati, dan berwawasan di tempat kerja mereka.

Sumber: Berita Harian, Khamis , 19 Disember 2013.

        Zaman yang silih berganti memperlihatkan kepelbagaian corak pentadbiran sesebuah negara hasil daripada pimpinan yang uruskan oleh pemimpin. Setelah dibuat penilaian dan perbincangan, kami amat tertarik dengan peribadi dan keunggulan pemimpin yang bergelar SALAHUDDIN AL-AYYUBIY.

       Mari sama-sama kita hayati kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat ini...

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu | Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia (LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..
salahuddin al-ayubi
Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. 
 Sumber: http://kisahbest.my/2013/07/kisah-warak-salahuddin-al-ayubbi-yang-ramai-tak-tahu/
Lihatlah betapa beliau tidak pernah memanfaatkan harta yang diperoleh hanya untuk kemewahan dan kepentingan dirinya. Malah pernah dikatakan oleh seorang sahabat beliau, beliau merupakan seorang yang gemar menginfakkan hartanya ke jalan Allah dan untuk mereka yang memerlukan. Subhanallah~~

Monday, December 23, 2013

Bab 2: Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik


Bab 2: Pemikiran Kirtis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik from syahadatulzikr

PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH (ARTIKEL)
Konsep Pemikiran Kritis

Definisi

Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ iaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan.

Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah.
[1] Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.

Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara.

Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.
[2]

Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa ‘pemikiran kritis’ kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti “...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”,
[3] merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah”.[4]
Ciri-Ciri Pemikiran Kritis 

Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Andaikata bersifat konsisiten maka akan mempunyai kaitan dengan ciri pemikiran berbentuk logikal dan sebagainya. Hal ini dibincangkan lebih lanjut dalam menceritakan mengenai budaya berfikir kritis Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam perbincangan selanjutnya.

Elemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.
[5]

Kedua, pemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal. Ketiga, pemikiran kritis bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.

Sekiranya diperhatikan, pemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa cirri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat.

Selain itu, pemikiran kritis bersifat kritikal boleh difahami sebagai menimbang yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis.

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam membuat justifikasi sesuatu perkara. Keenam-enam ciri atau elemen pemikiran kritis ini telah diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi khalifah umat Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w. Hal ini boleh diperhatikan dalam perbincangan selanjutnya mengenai pemikiran kritis Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi tajuk utama perbincangan.

Tujuan dan Kepentingan Pemikiran Kritis

Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia.

Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.

Pemikiran kritis adalah amat penting dalam kehidupan seharian baik kepada petani, penjaja, guru, jurutera, pensyarah, ahli korporat mahupun sebagai seorang pelajar.
[6]Budaya berfikir secara kritis perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan seharian dalam segala situasi dan keadaan sekalipun yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup.

Bukan semua perkara yang dinyatakan adalah benar dan adil. Adakalanya perkara yang dinyatakan adalah tidak benar, dipalsukan dan diselewengkan. Oleh itu, tidak boleh menerima sesuatu perkara itu secara keseluruhan malahan perlu kepada penilaian secara kritis. Daya pemikiran memerlukan ketajaman dan kepersisan berfikir. Segala pengaruh negatif dapat melumpuhkan pemikiran individu.

Oleh yang demikian, pemikiran kritis amat penting sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Hal ini kerana berkemungkinan hal yang kecil itu memberi kesannya sangat besar kepada masa depan dalam kehidupan individu. Oleh itu, pemikiran kritis perlu dalam kehidupan seharian.
[1] Mohd Azhar Ab. Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.



Saksikan video menarik ini ^_^


Bab 1 : Kemahiran Komunikasi


KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENDAHULUAN
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
1.            Pengirim membentuk idea
2.            Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej 
3.            Mesej akan melalui saluran komunikasi 
4.            Penerima mendekodkan mesej tersebut
5.            Maklum balas dihantar kepada pengirim

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
1.Kepentingan dari segi hubungan insan(kemasyarakatan)

    Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu.Pemahaman dan penetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain.Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza.
2.Kepentingan dari segi akademik
    Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik.Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa,tanda hormat anda kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswayang tinggi.Kemahiran dari segi ini meliputi pengusaan dari segi penulisan dan lisan.Mahasiswa tidak boleh,contohnya,berinteraksi dengan menggunakan bahasaslanga atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).


JENIS-JENIS KOMUNIKASI



1. Komunikasi Lisan


     Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa.Berbahasa yang baik dan efektif,padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek,iaitu:
·                     Perbendaharaan kata
·                     Kelajuan
·                     Intonasi
·                     Humor
·                     Singkat dan jelas


2.Komunikasi Bukan Verbal


    Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak.Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.
     Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:
·                     Ekspresi wajah:Menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya.
·                     Pandangan mata:Melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut   terlibat dan enghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
·                     Sentuhan:Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.
·                     Gaya tubuh dan gaya berjalan:Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang
·                     Isyarat:Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetukkaki ketika berbicara,sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.


3. Komunikasi Bertulis

    Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea,pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi maklumat.Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
    Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:

·                     Fakta
·                     Gaya
·                     Laras
·                     Pengolahan
·                     Bahasa
    Terdapat beberapa bentuk atau jenis jenis teks komunikasi bertulis,seperti:
·                     Surat rasmi
·                     Memo
·                     Emel
·                     Tulisan ilmiah 






Nota pd bab 1 from Waz Sanry

Video dibawah ini adalah antara contoh-contoh komunikasi yang dapat dirujuk. Saksikan ~~